generalJune 29, 2006 3:51 pm

This company Takziah Global Sdn Bhd claim that their soap can be use for ’samak’. Today I read at Harian Metro Online that JAIS said they never approve the soap can be use for ’samak’. They only approve the soap can be sold to consumer. Below is the article from Harian Metro Online.

Thursday - 29 June 2006

Edisi KL: JAIS pegang pada Fatwa
Oleh Noor Jaafar
noorj@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berpegang kepada keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor yang hanya membenarkan umat Islam menggunakan elemen asal iaitu tanah liat untuk menyamak bagi menyucikan najis berat.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata sehingga kini Jais tidak memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat bahawa produk sabun yang dikeluarkan boleh digunakan untuk menyamak.

“Surat kebenaran yang dikeluarkan kepada sebuah syarikat Bumiputera yang beroperasi di Shah Alam sebelum ini adalah untuk syarikat memasarkan produk sabun untuk kegunaan ramai tetapi bukan untuk menyamak,” katanya mengulas mengenai sabun untuk samak yang dipasarkan.

Katanya, berdasarkan kajian Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Unit Halal Jais, sabun yang dikeluarkan syarikat berkenaan mengandungi 90 peratus tanah liat dan disahkan suci dan tidak mengandungi elemen haram.

“Ini bermakna sabun itu boleh digunakan umat Islam untuk kegunaan harian seperti untuk mandi dan mencuci tangan, tetapi tidak boleh digunakan untuk menyamak najis berat seperti dijilat anjing atau tersentuh babi,” katanya.

Fakhrul Azam berkata, umat Islam jangan terkeliru kerana Jais tidak pernah mengeluarkan surat yang mengatakan produk sabun ‘Yaqeen’ keluaran syarikat itu boleh digunakan untuk samak.

“Jais tidak berkompromi dengan perkara itu sebab itu masih berpegang kepada keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor yang hanya membenarkan elemen asal iaitu tanah liat digunakan untuk menyamak,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Agama Islam Kedah juga pernah mengeluarkan surat kebenaran kepada sebuah syarikat di negeri itu untuk memasar produk sabun serupa menggunakan jenama ‘Taharah’ .

Katanya, sabun itu juga tidak boleh digunakan untuk menyamak tetapi syarikat itu mendakwa sabun untuk samak.

“Jais membuat penjelasan ini kerana bimbang umat Islam terkeliru dan mengatakan Jais membenarkan sabun keluaran syarikat digunakan untuk menyamak.

“Jais juga bimbang surat kebenaran bagi memasarkan produk yang diakui suci dan tidak mempunyai elemen haram itu disalahgunakan syarikat terbabit dengan mendakwa Jais membenarkan sabun itu digunakan untuk menyamak,” katanya.

generalJune 19, 2006 12:27 am

Good news is I pass the interview, bad news is I’m still in dillema whether to resign or not. I try this online decision suggest by Linuxlah and guess what, I got NO as answer.

decision.JPG

Trackback Linuxlah http://marjan.blogsome.com/2006/06/14/a-tie-at-the-back-seat-of-unix-sys-admins-car

generalJune 12, 2006 6:29 am

While reading my email this notice pop out.

gmail_argh.jpg

If you cant see it, it read “Arrgh! The page has been corrupted. If you are running security or firewall software, you may have to disable it.”.